Wednesday, October 29, 2025

Kelas Masakan Aneka Western Food "Mobile Cooking Class Chef Obie 2025"

 Kelas Masakan Aneka Western Food "Mobile Cooking Class Chef Obie 2025"

✅ Kelas Masakan Aneka Western Food
Pilihan Pelajar , Suri , Peniaga & Usahawan
Yuran RM2200 seorang
Yuran RM1800 seorang - Penjaga Oku , Oku , Bapa & Ibu Tunggal & Pesara
* Yuran Untuk 1 Set Menu

1.Set Chicken Chop ( 3 Type ) - Platting
2.Set Lamb Chop & Lamb Shank - Platting
3.Set Steak - Platting
4.Set Fish & Chips - Platting
5.Set Itali Lasagna Beef & Chicken - Platting
6.Set Itali Pasta Bolognese, Carbonara & Aglio Olio - Platting
7.Set Itali Pasta Pesto , Marinara & Stroganof - Platting
8.Set Western Cold & Hot Soup - Clam Chowder, Wild Mushrooms , French Onion , Spanish Gazpacho, Asparagus & Broccoli
9.Set Belanda Bitterballen & Dutch Mustard Dipping
10.Set Belanda Kibbeling & Dutch Tartar Dipping
11.Set Belanda Hotspot & Stammpot
12.Set Belanda Vlemmetjes & Croquettes -Sweet Sour Chilli Sauce , Garlic & Dutch Dressing
13.Set Belanda Cake Pastry - Boeterkoek Dutch Butter Cake & Poffertjes With Snow Powder & Dutch Chocolate Sauce
14.Set Smash Burger & Sloppy Joes + 5 killers sauces
15.Set Western Seafood - Clam , Mussel , Prawn, Lobster & King Crab - With 3 Secret Type Of Dressing
16.Set Fried Chicken Ala KFC / Wendy / A&W / Broasted
17.Set Pizza Italiano - 2 doh Istimewa
18.Set 6 Killer Sauces Untuk Poultry , Lamb, Mutton , Beef , Fish & Seafood
19.Set Quiche Lorraine
20.Set Shepherd Pie & Meat Gratin Potato
21.Set Beef & Mutton Stew ( Europe Goulash )
22.Set American & English Breakfast
23.Set English Tea Sandwiches
23.Set Canapes & Bruschetta 10 Jenis ( Savoury )
24.Set Western Skewer - Chicken , Beef & Fish + Seafood With Sauces , Plus Fruits Skewer .
24.Set Tables Sauces & Dipping 10 Jenis ( Suitable for Poultry, beef, lamb , mutton ,fish & Seafood )
25.Set Tables 8 Hot Sauces *** Chef Obie Recommended
26.Set Classic Ratatouille & Roman Style Ratatouille
27.Set Mayonis - Plain, Euro , US & Japan
28.Set Crispy Chicken Burger Original & Spicy + 5 Killers Sauces
29.Set Fillet O Fish + Tartar sauce + Tepung Istimewa + Seasoning Fries
30.Set Fried Chicken Wings & Buffalo + 3 Killers Sauce + Seasoning Fries

Pelajar akan dapat :

1 x Sijil
Standardize Resepi

Tiada Caj Pengangkutan & Penginapan Dikenakan
Chef Obie & Team akan datang mengajar ke lokasi pelajar seluruh Semenanjung Malaysia
✅Pelajar Wajib Membuat Pembayaran DEPOSIT 70% RM 1540 daripada Jumlah Penuh Yuran
( RM2200 )
ke salah satu akaun pilihan
i- MAYBANK 151409098193
atas nama
Muhamad Gunawan Jamil
ATAU
Ke Akaun Syarikat MGJ CONSULTANCY
Bank Islam No akaun 12122010028739
Kemudian
Bukti Pembayaran Perlu Disimpan
p/s Anda wajib hubungi pihak chef obie atau wakil MGJ CONSULTANCY
di bawah ini sama ada melalui whatsapp atau call
Baki Yuran 30% RM660 Perlu diselesaikan Pada Hari kelas diadakan

Chef Obie MGJ CONSULTANCY
email : gunawan.jamil@gmail.com

Tenaga Pengajar Profesional : Chef Obie ( Chef Profesional )
Berpengalaman menghidangkan menu-menu pelbagai jenis masakan tempatan dan luar negara , pastry , kek & Konfeksi untuk King Fadh Arab Saudi & Sultan Brunei juga VIP & VVIP Malaysia yang lain , juga merupakan anak didik Golden Hand Executive Pastry Chef Mahmod & Executive Chef William H Hewitt - Wimbledon , juga berpengalaman mengurus dan memasak untuk 20 , 000 pax & yang berkaitan dengan industri F&B.


Tuesday, October 28, 2025

Pesta Konvokesyen UNISHAMS : TheManis.Mulut

 Pesta Konvokesyen UNISHAMS : TheManis.Mulut

Anda yg berada Di Kedah & Yg Berdekatan , Jom Ke Pesta Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (UNISHAMS)

Bermula hari ini 29.10.2025 Rabu hingga minggu hadapan 3.11.2025 Isnin
❤️
Singgah Support Kiosk TheManis.Mulut yg popular dengan menu2 seperti :
✅
Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah
✅
Lebih 20 Jenis Dessert
✅
Oden
✅
Smoothies
InshaAllah Pastinya berpuas hati
❤️
Sebarang pertanyaan, Anda Boleh Hubungi 013 4917981 ( WhatsApp )
TikTok FB Themanis.mulut




Recommended By Chef Obie - Chef Professional/ F&B Consultant / Artist Illustration

Sunday, October 26, 2025

Fish & Chips!

 

🍽️ Jom Ulang Kaji & Ulang Siar Bersama Chef Obie!

Hari ni Chef Obie nak kongsi sikit cerita asal usul menu kegemaran ramai — Fish & Chips! πŸŸπŸŸ

Kita rakyat marhaen kat Malaysia memang dah biasa dengan hidangan ni. Biasanya mesti ada isi ikan tanpa tulang yang digoreng rangup dengan bancuhan tepung, atau digrill, kemudian dipadankan dengan kentang goreng dan sos tartar.

Hidangan Fish & Chips ni asalnya dari England dan pernah direkodkan sekitar tahun 1830. Tapi masa tu, rupanya tak sama macam versi moden sekarang. Dulu, ia cuma isi ikan goreng yang ditabur bersama kentang — tanpa sos, tanpa salad, tanpa hiasan pun.

Pada zaman tu, laut di bahagian utara England memang kaya dengan hasil laut. Jadi, ikan jadi sumber protein utama mereka, selain pelbagai hasil perikanan lain.

Chef Obie sendiri pernah ada pengalaman menarik masa zaman muda dulu, hujung belasan tahun — Alhamdulillah diberi peluang kerja atas kapal. Waktu tu, kapal singgah di kawasan Biss Kay, selepas siap cuci dan “warm up” di Rotterdam City, Belanda — tak jauh dari perairan England.
Kat situlah Chef belajar mengail ikan mackarel dengan isteri Chief Officer kapal — wanita hebat yang juga pandai memancing! Tak guna pun umpan busuk, cuma plastik guni saja. Tapi hasilnya, setiap kali joran dijatuhkan, mesti sangkut ikan! Dua baldi penuh Chef dapat waktu tu — hasilnya, siap terus grilled mackarel untuk minum petang atas kapal. πŸ˜‹

Berbalik pada topik asal — Fish & Chips mula diterima masyarakat England dan jadi sensasi dengan cepat, terutamanya lepas wujudnya rangkaian pengangkutan seperti kereta api dan kapal (macam dalam filem Fantastic Beasts dan Harry Potter tu). Dari situ, hidangan ni mula masuk ke meja-meja keluarga Inggeris.

Hidangan ni diperkenalkan secara komersial di Kota London sekitar tahun 1860 oleh seorang peniaga bernama Joseph Makin, yang hanya menggunakan batu pemanas untuk menggoreng dan memanggang ikan.
Beberapa tahun kemudian, sekitar 1870, seorang pendatang Belgium bernama Edward De Gerber pula buka gerai Fish & Chips di Greenmarket City — dari situlah popularitinya meledak ke seluruh England!

Lama-kelamaan, Fish & Chips mula tersebar ke seluruh Eropah, Amerika dan akhirnya ke Asia.
Setiap negara ada versi masing-masing — contohnya:
πŸ‡¨πŸ‡¦ Kanada – dengan sos tartar dan hirisan lemon.
πŸ‡¦πŸ‡Ί Australia & New Zealand – suka tabur garam atas ikan.
πŸ‡ΊπŸ‡Έ Amerika Syarikat – lengkap dengan coleslaw sebagai sampingan.

Banyak inovasi muncul dari masa ke masa. Fish & Chips mula betul-betul popular sekitar awal tahun 1980-an, dan sampai hari ini masih jadi kegemaran ramai — termasuk rakyat Malaysia!

Cuma bezanya, di Malaysia ikan dory lebih popular digunakan. Malah sekarang saiznya pun makin besar — dari versi “ikan patin” dulu, kini muncul pula versi “keli Afrika”! ❤️🐟


πŸ“² Follow Chef Obie untuk lebih banyak perkongsian menarik!
πŸ‘‰ Facebook: Bazaar Chef Obie
πŸ‘‰ YouTube Channel: OBtv
πŸ‘‰ TikTok: @chefobie

Chef Obie aktif mengajar kelas masakan perniagaan sejak tahun 2012 hingga kini - lebih 300 pilihan dan jenis kelas termasuk " Kelas Set Fish And Chips " , Kini dikenali Mobile Cooking Class Chef Obie - Jauh mana lokasi anda , InshaAllah Chef Obie pasti akan sampai & datang mengajar .



Chef Obie MGJ CONSULTANCY
email : gunawan.jamil@gmail.com

Terima kasih semua atas sokongan! πŸ™
#chefobie #chefobiecrew #mgjconsultamcy #fishandchips #fishery #fish #chips


Saturday, October 11, 2025

Kelas Masakan Personal Untuk Perniagaan (Private Cooking Class for Business)

   Kelas Masakan Personal Untuk Perniagaan (Private Cooking Class for Business)

​Sejak tahun 2012, Chef Obie telah aktif mengajar kelas masakan perniagaan secara peribadi di Malaysia. Sesi pembelajaran beliau telah disertai oleh pelbagai golongan, termasuk pelajar sekolah, suri rumah, peniaga, dan usahawan, merangkumi julat usia yang luas, iaitu semuda 9 tahun sehingga 77 tahun.
​Testimoni kejayaan para pelajar beliau tersebar meluas, bukan sahaja di Malaysia, malah di Singapura dan Brunei, serta mendapat sambutan dari negara-negara jauh seperti Hong Kong, Maldives, USA, Arab Saudi, Syria, Pakistan, dan Jepun.
​Kejayaan pelajar-pelajar ini dalam membuka dan mengendalikan perniagaan makanan yang konsisten, terutamanya dari aspek penyediaan makanan, dengan pelbagai tema masakan yang unik, sangat menginspirasikan mereka yang serius ingin menceburi bidang perniagaan berasaskan makanan.
​Pelajar yang bermula berniaga dari kapasiti kecil kini telah berkembang ke tahap yang lebih besar, sekali gus membuktikan proses perniagaan mereka semakin positif.
​Jika anda sedang mencari peluang dan ilmu masakan yang spesifik untuk memulakan perniagaan, sila hubungi Chef Obie untuk maklumat lanjut.


Chef Obie MGJ CONSULTANCY
gunawan.jamil@gmail.com
mgjconsultancyfile@gmail.com
Mobile Cooking Class Chef Obie 2025
Lebih 300 Pilihan Kelas Masakan Perniagaan

KELAS SURIRUMAH MASAK ALA CHEF PROFESSIONAL ( 10 pax ) Dapur Rumah Standard Restoran

  KELAS SURIRUMAH MASAK ALA CHEF PROFESSIONAL ( 10 pax ) Dapur Rumah Standard Restoran Assalammualaikum wbt Salam Sejahtera,  Sukacita Ch...